USAHAWAN TEKUN CAWANGAN KOTA SAMARAHAN KUIH PENYARAM RESIPI TURUN TEMURUN Dike…


USAHAWAN TEKUN CAWANGAN KOTA SAMARAHAN
KUIH PENYARAM RESIPI TURUN TEMURUN

Dikenali dengan pelbagai nama iaitu kuih topi dan kuih ‘pranan tuang’. Keenakannya tidak dapat dinafikan ditambah lagi dengan adunan yang asli tanpa pewarna dan sebarang perasa tambahan.

Menurut seorang pengusaha kuih tradisonal di Asajaya, yang juga salah seorang usahawan TEKUN Cawangan Kota Samarahan, Puan Jeliha Binti Deris, 40an, atau dikenali “Kak Pah”, kuih penyaram mendapat permintaan bukan sahaja dari warga tempatan malah orang luar sehingga penghantarannya terpaksa menggunakan khidmat kurier.

“Saya mewarisi resipi turun-temurun dari arwah ibu yang juga pengusaha kuih tradisional” katanya yang merupakan satu-satunya pembuat kuih penyaram yang boleh kita saksikan bagaimana cara penghasilannya di Pekan Asajaya.

Beliau berkecimpung dalam pembuatan kuih ini sejak tahun 2007.
Ramuan terdiri daripada gula apong,tepung beras dan sedikit gandum namun tiada sedikitpun campuran gula pasir dalam adunan tersebut.

Kredit foto;
Kamek Sayang Samarahan






Source

0 0 votes
Article Rating
+ posts

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media.
Enjoy and have fun!

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
%d bloggers like this: