Mini Esports Hub @Samarahan telah dibuka!!!

Kota Samarahan – SESA Mini Esports Hub @D-Arena telah dibuka untuk umum dengan minimum operasi bermula pada 10 pagi hinggan ke 10 malam. Ia telah dibuka untuk masyarakat sekitar dengan kadar harga yang sangat istimewa. 

Inisiatif ini dibawakan bersama-sama Serba Dinamik IT Solutions dan Sarawak Esports Association (SESA) bagi membuka peluang kepada komuniti penggemar permainan video dengan kelengkapan 60 komputer yang berspesifikasi tinggi GPU GTX 1060 serta permainan konsol PS4 yang terkini.

Di samping itu, ia salah satu eSports arena yang disahkan oleh NVIDIA GeForce GTX  di dalam Malaysia dengan kemudahan D-Arena iaitu “event-space” yang digunakan sebagai satu tumpuan komuniti untuk menyaksikan perlawanan yang sedang berlangsung.

Di sini juga terdapat 6 “streaming room” untuk disewa dan bagi harga eksklusif,anda boleh hubungi Facebook : Sarawak Esports Association untuk maklumat lanjut.

0 0 votes
Article Rating
+ posts

.Program Coordinator @SerbaDigitalX.

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
%d bloggers like this: