SYARIKAT MILIK ANAK SARAWAK PERTAMA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN SYARIKAT “HYDROPONIC IOT FARMING” WITH PROOF OF CONCEPT DI MALAYSIA

MODEL “smart farming” seringkali diketengahkan oleh banyak negara maju di dunia di dalam memperkatakan tentang konsep pengurusan ladang yang menggunakan teknologi terkini berasaskan sistem digital. Sudah terbukti di banyak negara ianya mampu mempertingkatkan kuantiti dan kualiti produk yang diusahakan.

Dan kita juga mengetahui bahawa penanaman hidroponik sudah begitu popular di negara kita Malaysia dan ramai yang telah menceburinya secara individu ataupun berskala besar. Mungkin ramai tidak tahu disebalik penanaman hidroponik itu sendiri sebenarnya akan lebih terancang dan berkualiti dengan menggunakan “smart farming” sis. Ini kerana penanaman hidroponik banyak bergantung kepada pengaliran air, kawalan suhu, pemberian baja dan sebagainya yang mana ia sekiranya tidak diatur dengan baik mampu menambah kos serta jumlah tenaga yang banyak.

Berbicara dari aspek itu, tanpa kita mengetahui bahawa ada sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang anak Sarawak merupakan syarikat hidroponik pertama di Malaysia yang mempunyai pengiktirafah sebagai Syarikat “Hidroponic IOT Farming” with Proof of Concept. Syarikat yang diberi nama Toclan Agritrade Asia Sendirian Berhad ini beroperasi di Kuching, Sarawak dan telah lama menyumbang perkhidmatan konsultansi, latihan dan teknikal berkaitan dengan hidroponik di seluruh Malaysia sejak di tahun 2017. Pengalaman dan kepakaran pemiliknya iaitu Encik Saiful Bahari Ahmad Adibi sememangnya tidak perlu dipersoalkan kerana beliau dan beberapa orang protegenya sendiri sekarang sudah lama menjalinkan usahasama dari bentuk penyediaan Latihan dan teknikal kepada pelajar-pelajar di CENTEX.

Mengambilkira akan kepakaran TOCLAN sebagai perintis kepada “Hidroponic IOT System” pertama di Malaysia, Persatuan Kebajikan Ukhuwwah melalui Presidennya Encik Mohd. Irwan Thomas Abdullah yang tampil mengwujudkan Projek Urban Hydroponic Farming sebelum ini telah bersetuju untuk menjadikan TOCLAN sebagai salah satu daripada agensi di dalam persatuan mereka yang mana akan berfungsi sebagai perunding dan juga penyedia Latihan dan teknikal kepada ahli-ahli mereka.

Sekaligus ini bermakna, mana-mana individu yang ingin menjadi salah seorang peserta program hidroponik dikendali Ukhuwwah akan mendapat Latihan dan nasihat terbaik daripada pakar yang sebenar. Satu peluang keemasan yang mana kita di Sarawak amat ketandusan akan sentuhan daripada mereka yang professional.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat perunding mahupun ingin menyertai Latihan dan teknikal mengenai penanaman hidroponik boleh menghubungi Persatuan Kebajikan Ukhuwwah di talian 082-237 300 atau emel: pkusk_kebajikan@yahoo.com

0 0 votes
Article Rating
+ posts

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
%d bloggers like this: